Bidang kuasa Presiden_Romania

Bidang-bidang kuasa Presiden adalah tertakluk kepada Perlembagaan Romania.[3]

Hal ehwal dalam negeri

  • Mewakili negara dan memelihara kedaulatan, penyatuan dan integriti wilayah negara.
  • Memelihara keluhuran Perlembagaan dan fungsi pihak berkuasa awam.
  • Menentukan dan melantik Perdana Menteri, mengikut kelulusan Parlimen (Presiden tidak boleh memecatkan Perdana Menteri).
  • Melantik dan memecat para menteri dengan nasihat Perdana Menteri (cadangan oleh Perdana Menteri hanya boleh ditolak sebanyak sekali; Perdana Menteri tidak boleh mencadangkan calon sama bagi jawatan menteri; Presiden tidak boleh menolak pelantikan calon kedua yang lain).
  • Berbincang dengan kerajaan berkenaan dengan dasar-dasar utama.
  • Mempengerusikan Kabinet apabila terdapat perdebatan dalam kepentingan negara berkaitan dasar hubunga luar, pertahanan dan keamanan awam, dan hal-hal lain dalam permintaan Perdana Menteri.
  • Berbincang dengan pihak Parlimen berkenaan dengan isu kepentingan negara.
  • Meluluskan rang undang-undang, RUU; Presiden hanya boleh mengarahkan pertimbangan semula RUU kepada Parlimen sebanyak sekali.
  • Menghantar RUU kepada Mahkamah Perlembagaan bagi tujuan semakan sebelum diwartakan.
  • Membuka Parlimen selepas pilihan raya legislatif.
  • Memohon mesyuarat Parlimen luar biasa.
  • Membubarkan Parlimen (Presiden boleh membubarkan Parlimen jika tiada pengundian kepercayaan diperoleh bagi membentuk kerajaan dalam 60 hari selepas permintaan pertama dicadang, dan hanya selepas penolakan sekurang-kurangnya dua orang calon Perdana Menteri).
  • Memohon referendum selepas perbincangan bersama-sama pihak Parlimen. Referendum dikira sebagai nasihat dan pihak Parlimen berhak untuk tidak menerima keputusan. Namun begitu, sekirangan referendum adalah sah (majoriti undian setuju dan jumlah pengundi melebihi 30%), Parlimen tidak boleh menolak keputusan referendum tersebut.

Hal ehwal luar negeri

  • Melaksanakan lawatan negara, rasmi dan kerja di luar negara.
  • Menyimpulkan perjanjian antarabangsa yang dirunding oleh kerajaan dan menghantarkannya kepada pihak Parlimen bagi tujuan ratifikasi.
  • Melantik dan memanggil semula duta-duta dan utusan diplomatik dengan nasihat Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri (mengikuti nasihat adalah tidak mandatori).
  • Memperoleh surat tauliah daripada utusan diplomatik asing.
  • Meluluskan pembinaan, penutupan dan perubahan tahap misi diplomatik.

Pertahanan

  • Menjadi Panglima Besar Angkatan Tentera Romania.
  • Menjadi pengerusi Majlis Agung Pertahanan Kebangsaan.
  • Mengisytiharkan pergerakan Angkatan Tentera Romania dengan kelulusan oleh Parlimen terlebih dahulu atau kemudian dalam kejadian istimewa.
  • Bertindak untuk menangkis keganasan bersenjata terhadap negara.
  • Mengisytiharkan kepungan atau darurat terhadap seluruh negara atau kawasan tertentu dengan kelulusan Parlimen selepas pengisytiharaan.

Bidang kuasa lain

  • Menganugerahkan pangkat dan pingat kebesaran.
  • Melantik ahli tentera bagi pangkat ketenteraan atasan.
  • Melantik penjawat awam mengikut undang-undang.
  • Memberi pengampunan individu.